Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Gagal Sebagai Affiliate? – 10 Sebab Yang Cukup Popular

Gagal Sebagai Affiliate? – 10 Sebab Yang Cukup Popular

    Tolong Share dan Support!

    Pernahkah kamu mencuba affiliate marketing tetapi kamu gagal sebagai seorang affiliate? Ada orang yang cuba sedaya upaya mempromosikan produk tetapi masih tak dapat menjana pendapatan online. Yang anehnya, orang lain pula yang berjaya. Pernahkah kamu bertanya kepada diri sendiri mengapa orang lain boleh berjaya tetapi bukan kamu.

    Sebab kenapa kamu gagal sebagai affiliate adalah kerana 3 faktor utama. Sikap kamu, persediaan kamu dan taktik kamu.  Artikel ini akan memberitahu kamu 10 sebab yang jelas mengapa kamu tidak berjaya sebagai affiliate dan apa yang boleh kamu lakukan untuk memperbaikinya.

    APA ITU AFFILIATE MARKETING?

    Affiliate marketing adalah model perniagaan online yang sangat popular di mana kamu akan bertindak sebagai orang tengah untuk mempromosikan produk orang lain kepada pelanggan kamu.

    Sebagai affiliate, kamu akan mempromosikan produk kamu menggunakan beberapa saluran. Saluran ini termasuk media social seperti Facebook, YouTube, Instagram dan Tiktok. Kamu juga boleh menggunakan blog dan terdapat ramai lagi yang menggunakan laman web.

    (1) Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi

    Apabila kamu mendaftar untuk program affiliate, kamu akan mendapat link affiliate. Link itu unik untuk kamu sahaja. Apabila seseorang mengklik link tersebut, mereka akan diarahkan ke halaman produk. Jika mereka memutuskan untuk membeli produk tersebut, kamu akan mendapat komisen. Pautan link juga membolehkan advertiser mengetahui affiliate mana yang membawa jualan untuk mereka supaya mereka boleh membayar affiliate mereka dengan sewajarnya.

    (2) Realiti Affiliate Marketing

    Walaupun affiliate marketing ini kelihatan mudah, tetapi ia memerlukan banyak usaha daripada kamu. Ia bukan skim cepat kaya dan kamu tidak boleh berjaya dalam pemasaran affiliate dengan hanya mengklik beberapa butang. Mari kita lihat 10 sebab popular yang boleh menyebabkan kamu gagal sebagai affiliate.

    (1) MENGANGGAP AFFILIATE MARKETING IS SEBAGAI HOBI

    Maksudnya kamu tak seriuslah!

    Kamu kena menganggap affiliate marketing ini seperti perniagaan sebenar dan bukan sebagai hobi yang kamu buat suka suka. Ramai orang yang nak buat duit dari rumah sebenarnya bermula dengan suka-suka sahaja.

    Jika kamu buka sebuah kedai, adakah kamu akan menganggap kedai itu satu hobi? Sudah pasti kamu akan melakukan perancangan, strategi, dan segala tindakan yang diperlukan sebab kamu dah melabur wang.

    Akan tetapi, ramai orang yang tidak mengambil bisnes affiliate ini secara serius dari mula lagi dan oleh itu mereka tidak mendapat keputusan yang serius.Layan perniagaan kamu seperti hobi dan ia akan membayar kamu seperti hobi.

    (2) USAHA YANG TAK KONSISTEN

    Ramai orang ingat affiliate marketing ini senang. Mereka rasa kalau mereka letak link di media sosial atau laman web mereka, maka ramai orang akan datang untuk klik link tersebut.

    Tambahan pula, hari hari kamu melihat pelbagai ‘cikgu’ yang mengajar tentang cara  membuat berjuta-juta ringgit dengan cara yang mudah dan ringkas. Apa yang kamu tidak sedar ialah ramai orang ini berjaya setelah mengambil masa dan usaha yang lama sebelum akhirnya mencapai kejayaan. Ramai daripada kamu akan putus asa jika kamu tidak konsisten dalam usaha kamu dan mengharapkan pulangan sekelip mata.

    (3) CEPAT HILANG FOKUS

    Ini merupakan sebab paling kenapa kamu gagal sebagai affiliate. Ini merujuk kepada mereka yang melompat dari satu kaedah ke kaedah yang lain. Apabila mereka melihat produk yang baru dilancarkan, mereka nak mencuba produk dan kaedah pemasaran bagi produk tersebut.

    Kemudian,mereka melihat sesuatu yang yang kelihatan lebih baru, maka mereka melompat lagi kearah itu. Sikap ini menyebabkan mereka tidak berjaya dalam apa-apa kerana mereka terus menukar apa yang mereka lakukan sebelum mereka memberi peluang kepada diri mereka untuk berjaya.

    (4) TAK ADA STRATEGI YANG BETUL

    Kebanyakan orang bila nak memulakan bisnes affiliate marketing, mereka akan pergi ke YouTube untuk mencari pengetahuan. Tetapi apa yang berlaku ialah mereka menonton pelbagai orang yang memberi idea yang berbeza untuk melakukan affiliate marketing ini.

    Ada yang suruh buat TikTok, ada yang cakap YouTube lebih baik, pakar blog pula akan cakap cara mereka yang terbaik. Jadi kamu nak ikut yang mana?

    Apa yang akan berlaku ialah kamu kemungkinan besar akan mecuba semua kaedah tersebut. Pada hakikatnya kamu sepatutnya menumpukan pada satu strategi yang terbukti daripada salah seorang daripada mereka. Buku seperti Your First Income Online dapat memberikan kamu langkah demi langkah bagaimana nak berjaya dalam affiliate marketing menggunakan kaedah yang ringkas tapi effektif.

    (5) GAGAL MEMBINA JENAMA SENDIRI

    Jenama itu melambangkan kredibiliti kamu. Kredibiliti kamu pula akan menaikan kepercayaan pembeli terhadap kamu. Cara membina jenama kamu adalah dengan menhasilkan content yang menarik dan berkisar kepada satu niche yang kamu ingin cipta.

    Banyak affiliate yang mempromosikan produk secara spontan dan tidak mengambil berat terhadap jenama. Mereka kurang dikenali dan pembeli pula tidak dapat memastikan affiliate ini sebenarnya apa kelebihan utama mereka. Mengapa pembeli harus percaya pada kamu?

    (6) TIDAK MENUMPU KEPADA AKTIVITI YANG TIDAK MENJANA PENDAPATAN

    Dalam model perniagaan ini aktiviti yang dianggap boleh menjana pendapatan adalah:

    • Penghasilan content baru
    • Menggunakan SEO (search engine optimization) untuk meningkat web trafik
    • Mempromosikan affiliate link dengan kaedah yang betul
    • Membina senarai email

    Inilah aktiviti-aktiviti penting yang kamu harus fokus supaya pembeli boleh jumpa affiliate link kamu dan klik padanya. Malangnya, ramai yang fokus pula pada mencantikkan website mereka, masuk group yang spamming dan langsung tak nak belajar pasal SEO.

    (7) TIDAK MEMAHIRI SATU JENIS WEB TRAFIK

    Web trafiklah nadi kepada setiap bisnes online.

    Web traffic bermaksud pengunjung internat yang melawat halaman web kamu sama ada blog, media sosial, website atau sebagainya. Tanpa web traffic, tidak ada pelawat dan tanpa pelawat tidak ada potensi untuk menjual.

    Salah satu faktor kenapa kamu gagal sebagai affiliate adalah kamu cuba menguasai semua platform traffic. Kamu nak post kat Instagram, kamu nak buat video, kamu nak tulis artikel dan kamu nak bina laman web affiliate. Ini formula yang sangat buruk.

    YouTube, Google, Pinterest dan Quora itu semua adalah platform berasaskan SEO manakala Facebook, Instagram dan TikTok adalah platform berasaskan sosial. Kamu perlu memilih salah satu daripadanya dan menjadi pakar dalam platform itu,

    Jika kamu boleh menguasai hanya satu daripada platform ini, kamu boleh membina followers dengan mudah.

    (8) TIDAK MEMILIH NICHE YANG SPESIFIK

    Dalam pelbagai jenis model bisnes online yang boleh menjana pendapatan, pilihan niche yang betul sangat penting. Niche adalah subjek kepakaran kamu. Kamu nak dikenali sebagai siapa didunia affiliate marketing? Sebagai seorang fashionista, sebagai seorang pakar nutrisi atau sebagai seorang ahli bina badan? Itu niche kamu.

    Masalahnya, niche ini ada yang asas dan ada yang spesifik. Ramai orang tahu memilih niche asas tetapi tak tahu nak pilih niche yang lebih spesifik.

    Katakan kamu berminat dengan nutrisi. Nutrisi ini adalah satu niche yang SANGAT luas! Kamu nak tulis nutrisi pasal apa? Takan nak tulis pasal semua? Kamu takan ada masa dan kamu akan hilang tumpuan. Jadi kamu kena pilih niche yang spesifik.

    Ini contohnya:

    Nampak tak? Semakin spesifik pilihan kamu, semakin fokus bisnes and produk kamu. Kamu pun tak payah nak belajar semua benda. Kamu hanya perlu menjadi mahir dalam niche kamu.

    (9) TIDAK MEMBINA SENARAI EMAIL

    Mrembina senarai e-mel kamu sendiri ialah strategi jangka panjang terbaik yang boleh kamu lakukan untuk perniagaan kamu. Apabila kamu mempunyai senarai e-mel kamu sendiri, kamu boleh berkomunikasi dengan pelanggan kamu pada bila-bila masa yang kamu mahu selagi mereka kekal sebagai pelanggan kamu. Ini memberi kamu peluang besar untuk mempromosikan produk lain kepada mereka.

    Dengan menggunakan platform seperti AWEBER atau Getresponse, kamu boleh menghantar e-mel pratulis automatik kepada mereka dan juga e-mel tunggal setiap kali kamu mempunyai promosi baharu. Kamu juga boleh membahagikan pelanggan kamu menggunakan demografi yang berbeza supaya kamu mempunyai maklumat yang cukup untuk menentukan produk mana yang hendak dipromosikan kepada mereka.

    (10) MELANGGAR PERATURAN AFFILIATE MARKETING

    Dunia affiliate marketing juga banyak dicemari oleh mereka yang melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh program affiliate marketing. Pelanggaran ini boleh mengakibatkan pelbagai penalti, termasuk penggantungan akaun, penamatan, kehilangan komisen dan juga tindakan undang-undang.

    Berikut adalah contoh pelanggaran peraturan yang lazim berlaku dan patut dielakkan oleh kamu.

    (i) Kaedah Promosi Tidak Diluluskan

    Ini melibatkan larangan spam e-mel, menggunakan kod kupon yang tidak dibenarkan atau menggunakan amalan pengiklanan yang mengelirukan. Melanggar garis panduan ini boleh menyebabkan penamatan akaun.

    (ii) Pengiklanan yang Mengelirukan

    Memberi maklumat palsu atau mengelirukan pengguna tentang produk atau perkhidmatan untuk menggalakkan mereka membuat pembelian. Amalan ini tidak beretika dan bertentangan dengan kebanyakan syarat program affiliate.

    Kamu tidak dibenarkan memberi ganjaran untuk orang lain supaya klik pada link kamu. Semua program affiliate yang berkualiti inginkan klik yang berkalu secara sukarela.

    (iv) Mengguna Hak Cipta Orang Lain

    Jika kamu menggunakan content orang lain tanpa permisi maka kamu sebenarnya melanggar hakcipta orang lain. Ini termasuk bahan tulisan, video, audio dan imeg. Ini menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada akibat yang serius.

    KESIMPULAN

    Terdapat pelbagai sebab kenapa kamu boleh gagal sebagai affiliate, namun sebab yang dibincangkan diatas merupakan antara yang paling popular sekali. Dari sikap kamu terhadap bisnes ini, perancangan yang tidak mendalam serta tidak menghormati peraturan pemasaran affiliate, ada pelbagai cabaran yang menanti sesiapa yang ingin memulakan bisnes ini. Selagi kamu dapat menghadapi cabaran ini dengan semangat yang tidak berputus asa, kamu akan semakin hampir mencapai kejayaan.


    Tolong Share dan Support!