Skip to content
Home » Rekomendasi

Rekomendasi

Kalau kamu mencari beberapa sumber yang berkualiti dan dipercayai untuk memulakan perniagaan online, inilah sumber yang digunakan oleh saya sendiri. Kesemua sumber dibawah amat menolong perniagaan online saya dan semua syarikat sudah lama beroperasi dalam dunia internet serta mempunyai reputasi yang sangat baik.

DOMANIN NAME – Sebelum kamu boleh mulakan bisnes online, kamu perlukan domain name. Domain name is adalah alamat laman web kamu, tak kisahlah blog ke, website ke, online shop atau apa apa saja. Domain name sangat penting untuk peniaga online yang serius. Dua pilihan di bawah ini akan membolehkan anda mendaftar .COM dengan harga yang murah dan berpatutan. Boleh beli domain dalam harga RM30 setahun!

WEB HOSTING – Kalau domain name ini alamat rumah maka web hosting ini adalah tapak rumah. Kalau kamu pilih web hosting , pilihlah web hosting yang mempunyai reputasi. Dah macam macam web host muncul sekarang ini tetapi kualitinya kita kurang tahu. Web host ini sangat penting untuk bisnes kamu. Kalau web host kamu tak stabil, lambat dan tidak mempunyai ciri keselamatan dari hackers, maka bisnes kamu akan terjejas. Web host yang baru dan kurang reputasi mempunyai risiko menutup perniagaan. Ini semua mendatangkan kemudaratan kepada perniagaan kamu. Di OhsomePLR, kami ada 2 web host yang sangat berkualiti dan bertaraf antarabangsa dengan harga kurang dar RM300 setahun.

PERKHIDMATAN EMAIL MARKETING – Ramai orang Malaysia tak begitu faham kenapa mereka perlukan email marketing. Orang putih cakap ‘the money is in the list’. Maksudnya, wang itu ada dalam senarai email! Salah satu kaedah jangka masa panjang untuk terus buat duit online adalah dengan membina senarai email sendiri. Senarai ini terdiri daripada mereka yang subscribe secara sukarela untuk menerima email daripada kamu. Dengan adanya senarai email ini, kamu dapat terus mempromosikan macam-macam produk kepada senarai kamu sekarang dan juga di masa hadapan. Email marketing ini sangat berkuasa dan ianya perlu dimiliki oleh setiap peniaga online. Kamu boleh buat landing page, autoresponder, mesej broadcast, letak butang BUY di email , analsis email dan macam macam lagi. Memang berbaloi. Kedua-dua perkhidmatan email marketing di bawah ini ada akaun percuma sampai 500 subscriber pertama.