Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Buat Duit Dari Rumah? – Jom Ikut 6 Cara Popular Ini

Buat Duit Dari Rumah? – Jom Ikut 6 Cara Popular Ini

    Tolong Share dan Support!

    Tahu tak macam mana nak buat duit dari rumah? Ramai yang nak berkerja dari rumah tapi banyak juga orang yang tak tahu caranya. Ada bermacam jenis bisnes yang kamu boleh mulakan. Ada jenis bisnes yang lebih senang dimulakan dan ada juga yang lebih menguntungkan daripada yang lain. Apapun pilihan kamu, terhadap banyak peluang bisnes bagi mereka yang sanggup mengambil tindakan. Artikel ini akan mendedahkan 6 cara macam mana kamu boleh memulakan online bisnes dalam minggu ini.

    KELEBIHAN ONLINE BISNES DARIPADA BISNES TRADISIONAL

    Kenapa ramai orang suka atau mula cenderung kepada membina online bisnes. Ramai anak-anak muda sekarang nak jadi online entreprenuer dan mula nak menjual produk di internet. Secara jujurnya, terdapat banyak kelebihan membina online bisnes daripada bisnes tradisional.

    (1) Kos Permulaan Yang Rendah

    Katakanlah kamu nak memulakan sebuah gerai burger. Berapa modal yang kamu perlukan? Modal pendahuluan yang kamu harus ada mestilah sekurang-kurangnya antara RM4000 ke RM6000 bergantung kepada jenis peralatan dan jenis kedai yang anda gunakan.

    Berapa kos yang kamu perlukan untuk memulakan online bisnes? Ramai yang bermula dengan modal hampir RM0 dengan hanya membuat affiliate marketing.

    Jadi kos permulaan yang sangat rendah ini menjadi daya tarikan yang paling utama untuk membina online bisnes.

    (2) Risiko Yang Rendah

    Kos rendah bermaksud risiko yang rendah. Apa yang berlaku jika online bisnes kamu tak menjadi? Kamu hanya menutup akaun atau laman web kamu dan beralih kepada produk yang lain. Tidak ada apa-apa perjanjian dengan tuan tanah, tak ada bayaran sewa bulanan dan ramai yang tak mengumpul inventori pun.

    (3) Tidak Bergantung Kepada Lokasi

    Kejayaan bisnes tradisional bergantung kepada lokasi. Kalau lokasinya ramai orang maka peluang menjana pendapatan pun tinggi. Online bisnes pula boleh dimulakan di mana sahaja. Kamu boleh berada di Selangor and berniaga dengan orang di Sabah. Jadi lokasi tidak menjadi faktor penghalang kepeda bisnes internet ini.

    (4) Tidak perlu mengupah pekerja

    Bisnes tradisional yang paling kecil pun mempunyai seorang atau dua orang pekerja untuk membantu dalam tugas-tugas harian. Sebagai pemilik online bisnes, kamu boleh melakukan hampir kesemua tugasan harian dengan sendiri. Walaupun apabila, bisnes kamu berkembang, kamu boleh outsource sesetengah tugasan kamu itu kepada pihak ketiga. Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, kamu juga boleh mengautomasikan tugasan-tugasan kamu.

    (5) Tidak ada inventori

    Apabila kamu memulakan bisnes tradisional, kamu harus mengumpul stok untuk dijual. Kalau stok tidak habis dijual maka kamu akan rugi. Berbeza dengan ini, dalam online bisnes, kamu tidak payah mengumpul stok dan kalaupun kamu membeli barangan pendahuluan, kamu tak perlu beli banyak-banyak. Cukup sekadar untuk testing market dahulu. Jadi, taklah pening sangat dengan banyak inventori yang perlu diuruskan.

    REALITI ONLINE BISNES

    Walaupun ada pelbagai cara macam mana nak buat duit dari rumah, tidak ada satu cara yang paling sempurna. Jangan percaya kepada guru-guru internet yang mengatakan cara merekalah, cara yang paling effektif sekali. Bisnes kamu mungkin akan mengabungkan pelbagai jenis model perniagaan internet. Kamu harus sedar bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan dari rumah selagi kamu sanggup belajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membina bisnes tersebut. Jika kamu tidak memberi komitment yang sewajaranya, kemungkinan kamu gagal dalam bisnes affiliate ini sangat tinggi.

    (1) Guna Cara Orang Lain Atau Cara Sendiri?

    Selalunya, orang nak satu pelan yang spesifik untuk memulakan online bisnes. Dia nak langkah demi langkah untuk dia hanya ikut dan akan mendapat kejayaan. Walaupun ada kebenaran dalam kenyataan ini tetapi kamu mencapai kejayaan yang lebih besar jika kamu dapat mencipta pelan kamu sendiri yang menggunakan kekuatan yang ada pada kamu untuk mencapai kejayaan.

    (2) Buat Pilihan Yang Rasional

    Dengan hanya mendengar percakapan beberapa orang, pengetahuan kamu tentang cara nak buta duit dari rumah adalah terhad. Apa yang kamu tahu hanya apa yang disyorkan oleh orang berkenaan. Artikel ini akan memberikan kamu lebih banyak pilihan agar kamu dapat gambaran yang lebih besar dan keputusan memilih jenis model perniagaan adalah lebih rasional.

    (3) Mengelak Dari Hilang Fokus

    Kamu sebagai seorang yang berminat untuk buat duit dari rumah akan berjumpa dengan bermacam-macam cara yang dipromosikan oleh orang lain. Setiap cara yang baru akan menarik perhatian kamu untuk mencubanya. Jadi tumpuan kamu kepada satu jenis model online bisnes tidak akan kekal lama kerana kamu sering berubah haluan. Ini akan menjejaskan kejayaan kamu.

    Oleh itu, dengan mengetahui kesemua 6 cara macam mana nak buat dari rumah ini, kamu akan dapat meminimakan gangguan terhadap fokus kamu sebab selagi cara nak buit duit online tidak termasuk dalam senarai ini, kamu akan kurang percaya untuk mencubanya.

    Jadi sekarang, mari kita lihat cara yang popular dan efektif untuk menjana pendapatan dari rumah yang khas untuk kita di Malaysia ini.

    CARA MACAM MANA NAK BUAT DUIT DARI RUMAH

    (1) E-dagang

    Antara model yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Dalam jenis perniagaan ini, kamu akan mendaftar sebagai penjual di laman web E-dagang pilihan kamu dan akan menjual produk melalui platform tersebut. Dalam model ini, kedai kamu sebenarnya dimiliki oleh platform tersebut dan kamu hanya ‘menyewa’ satu tapak untuk menjual.

    Sebagai penyewa, kamu mungkin terpaksa membayar yuran bulanan untuk online shop tersebut dan juga mungkin akan memberi beberapa peratus dari hasil jualan kepada platform tersebut. Platform E-dagang yang sangat popular adalah seperti:

    (2) Produk Informasi

    Dalam model ini, kamu akan menjual informasi yang orang lain sanggup bayar. Contoh produk yang kamu boleh jual adalah seperti ebook, video, audio, imej dan apa-apa barangan yang boleh dimuat turun sebagai produk digital. Ini satu cara buat duit dari rumah yang sangat baik kerana produk informasi tidak mempunyai kos yang banyak untuk dihasilkan dan kos penghantaran pun hampir tiada kerana ia dihantar melalui digital.

    Tambahan pula, sebab produk ini digital dan mudah dihantar, kamu dapat menjual kepada pasaran antarabangsa. Jika kamu dapat menghasikan satu produk informasi yang sangat diperlukan oleh orang ramai maka kamu dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan.

    Jika kamu pergi ke Shoppee dan type ‘affiliate marketing’. kamu akan jumpa ramai juga seller yang menjual produk digital. Selain daripada Shoppee dan Lazada, kamu juga boleh menjual di 4 laman web yang popular ini untuk pembeli diluar negara:

    (3) Affiliate Marketing

    Ini raja segala model perniagaan online! Affiliate marketing adalah model perniagaan yang sebenarnya telah memajukan atau menaikan reputasi E-dagang di Malaysia. Dalam affiliate marketing, kamu berperanan sebagai orang tengah yang akan mempromosikan barangan sesuatu syarikat kepada pembeli. Sekiranya pembeli membeli barangan tersebut melalui affiliate link kamu, syarikat pemilik barangan akan membayar komisen kepada kamu. Affiliate marketing ini boleh dibuat dengan menggunakan laman web atau tanpa laman web.

    Ini merupakan model perniagaan yang sangat mudah dan sangat senang untuk dimulakan. Faktor kejayaan kamu hanya bergantung kepada cara kamu mempromosikan produk tersebut kepada seramai orang yang boleh. Tapi jangan salah faham! Prinsipnya mudah tetapi kamu masih perlu berusaha kuat untuk membina followers kerana persaingan dalam dunia affiliate marketing sangatlah sengit.

    Kamu boleh menjadi affiliate di pelbagai platform. Selalunya, di Malaysia, kita akan memilih platform E-dagang atau platform produk informasi yang menawarkan program affiliate ataupun kamu boleh menyertai rangkaian affiliate seperti Involve Asia yang mempunyai pelbagai jenama untuk kamu promosikan.

    (4) Pekerja Gig

    Ini bukanlah satu bisnes tetapi lebih kepada mencari pendapatan dengan bekerja dari rumah atau mengikut masa sendiri. Ini juga dikenali sebagai gig job atau gig economy. Jika kamu ada sebarang kemahiran seperti membaiki barangan elektrik, memandu, menulis artikel, membina laman web dan sebagainya, kamu boleh menawarkan kemahiran kamu kepada pelanggan yang sanggup membayar.

    Kerja freelance dari rumah ini sudah mula berkembang dengan pesat sekali. Menurut Business Today, hampir 26% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja sebagai freelancer atau pekerja gig. Ini satu jumlah yang sangat ramai dan menunjukkan ada peluang pendapatan dalam bidang ini.

    Kerja gig yang paling popular dikalangan mereka yang ingin bekerja mengikut masa sendiri adalah pemandu Grab atau penghantar FoodPanda atau LalaMove.

    Tetapi ada juga website antarabangsa yang menawarkan kerja gig seperti menaip, mereka logo, menulis kod, buat video dan sebagai. Disini ada 7 laman web freelance yang popular di Malaysia.

    (5) Berdagang Dari Rumah

    E-pelaburan juga sudah menjadi cara dimana sebahagian orang menjana pendapatan dari rumah. Namun begitu, untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini, kamu harus memastikan bahawa pengetahuan kamu tentang saham dan pelaburan adalah mencukupi. Ini juga lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai modal yang lebih untuk dilaburkan dalam kegiatan ini. Sekiranya, kamu tidak mempunyai banyak wang dan hanya mahu menjana pendapatan secara part-time maka model in mungkin tidak sesuai untuk kamu. Antara platform e-pelaburan yang bagus di Malaysia adalah seperti Interactive Brokers dan XTB.

    (6) Influencer

    Kehadiran pelbagai media sosial telah melahirkan golongan generasi baru yang dikenali sebagai influencer. Influencer adalah personaliti media sosial yang berpengaruh dan mempunyai ramail followers. Sekarang ini, sesiapa sahaja boleh menjadi influencer asalkan mereka mempunyai content yang menarik perhatian orang ramai.

    Cara macam mana nak buat duit dari rumah dengan menjadi influencer sangat mudah. Kamu hanya perlu menghasilkan content dan membina followers kamu. Apabila, followers kamu sudah ramai, kamu boleh menjual produk sendiri atau mempromosikan produk syarikat lain. Media sosial yang sangat popular untuk menjadi influencer adalah dengan TikTok, YouTube dan Instagram.

    3 JENIS ONLINE BISNES YANG HARUS DI ELAKKAN

    Dengan bermacam jenis online bisnes yang menawarkan peluang kepada individu untuk menjana pendapatan, terhadap juga beberapa model yang harus dielakkan kerana ia tidak begitu effecktif and mungkin akan membuang masa kamu.

    (1) Online Survey

    Online survey ini samada ianya scam ataupun tidak mempunyai pulangan yang bagus. Walaupun mungkin ada online survey yang tulen di Malaysia tetapi pulangan wang untuk membuat survey itu sangat kecil dan tak bebaloi dengan usaha yang kamu akan lakukan. Juga, kamu tidak akan selalu mendapat survey jadi bukanlah satu cara yang baik untuk buat duit dari rumah. Ini termasuk apa-apa lagi program yang menjanjikan wang untuk kamu menonton YouTube, dengar muzik atau sebagainya.

    (2) Perjudian Online

    Ini merupakan model yang tidak beretika dan harus dielakkan sama sekali. Selalunya perjudian online ini merupakan scam dan akan menyebabkan kerugian yang besar kepada anda.

    (3) Online MLM

    MLM kebiasaanya merupakan skim piramid dan akan menelan belanja yang banyak kerana kamu perlu membeli produk yang terlalu mahal setiap bulan untuk kamu terima komisen jika kamu ada downline dibawah kamu. Memang ramai yang melibatkan diri dalam MLM seperti Amway dan Herbalife tetapi model ini sangat sukar dan tidak disyorkan.

    TIPS UNTUK MEREKA YANG INGIN BEKERJA DI RUMAH

    Jika kamu betul-betul serius dalam buat duit dari rumah, ini ada beberapa tips yang kamu boleh ikut untuk mengelakkan kamu membuang masa atau ditipu.

    (1) Buat Kajian

    Pastikan kamu buat kajian yang teliti tentang model bisnes yang kamu ingin ceburi. Ada banyak informasi dalam web yang boleh membantu anda membuat keputusan yang betul. Ini juga akan membantu kamu supaya tidak menjadi mangsa scam.

    (2) Jangan Bayar Untuk Bekerja

    Selalunya kita bekerja untuk dibayar tetapi kalau ada program yang meminta kamu untuk membayar dulu sebelum mendapat job, jauhi program tersebut. Kemungkinan besar ianya scam.

    (3) Bina Reputasi Kamu Di Online

    Jika kamu inginkan banyak job sebagai freelancer dirumah maka kamu harus tingkatkan reputasi kamu di online. Ini melibatkan mempromosikan diri kamu dimedia sosial dan memberi informasi tentang apa yang kamu lakukan sebagai freelancer.

    (4) Buat Kerja Yang Kamu Ada Kebolehan Atau Minat

    Bila kamu berkerja dari rumah, kamu nak pastikan gaya hidup itu kekal dan kerja yang kamu lakukan itu memberi pulangan wang yang baik untuk kamu. Sekiranya, kamu buat benda yang kamu berminat, kualiti kerja kamu akan terserlah, kamu akan mendapat lebih banyak job dan kamu boleh kekal buta duit dari rumah sepenuh masa.

    KESIMPULAN

    Dunia online the menjadikan perniagaan tradisonal semakin kurang diminati dan melahirkan golongan individu yang mampu berkerja dari rumah. Terdapat pelbagai cara untuk membuat wang dari rumah dan tidak ada satu cara yang sempurna. Walau bagaimanapun, mengetahui pilihan anda akan sangat membantu dalam memastikan anda berjaya bekerja sepenuh masa dari rumah. Memilih model perniagaan online yang betul adalah sangat penting dalam mengelakkan kamu terjebak dalam program kerja dari rumah yang berunsur penipuan. Menjana wang dari rumah adalah trend yang akan berkembang lebih banyak pada masa hadapan dan adalah penting untuk anda memulakan dengan cara yang betul.


    Tolong Share dan Support!