Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Memilih Web Hosting Paling Baik – Panduan Untuk Rakyat Malaysia

Memilih Web Hosting Paling Baik – Panduan Untuk Rakyat Malaysia

    Tolong Share dan Support!

    Jika anda mencari panduan untuk memilih web hosting yang paling baik untuk memulakan perniagaan online, anda berada di tempat yang betul. Inilah adalah antara 3 perkara paling asas yang perlu ada pada setiap peniaga online.

    Web host boleh menentukan kejayaan keseluruhan tapak web kamu. Web host yang berkualiti akan memastikan tapak web kamu sentiasa online and senang dilawat oleh sesiapa pun. Kelajuan website anda juga banyak dipengaruhi oleh web host. Website anda termasuk data dan fail selamat di bawah pengurusan syarikat hosting yang bagus.

    Pemilihan web host yang baik boleh menyumbang kepada pertumbuhan, kredibiliti dan kejayaan keseluruhan bisnes online anda. Sebaliknya jika kamu memilih web host yang kurang baik, ini boleh membawa kepada kegagalan kamu di dunia internet.

    PERTAMA: TENTUKAN JENIS WEBSITE KAMU

    Sebelum kamu mula memilih web hosting paling baik untuk bisnes kamu, kamu kena kenal pasti apa yang website kamu perlukan. Ini akan membuatkan kamu lebih senang mengenalpasti jenis pakej hosting yang kamu perlukan nanti. Cara kenal pastikan keperluan ini adalah seperti berikut:

    Apakah jenis website kamu?

    Adakah ia sebuah kedai online, blog, portfolio dan sebagainya. Setiap jenis website ada keperluan unik dari segi trafik, storan dan perisian yang diperlukan.

    Berapakah ramai pelawat yang kamu harapkan?

    Mestilah semua orang nak pelawat tanpa had tetapi tolonglah realistik sikit. Pada permulaanya, mungkin pelawat yang kamu target hanyalah sejumlah tertentu. Ini akan menolong kamu menentukan berapa besar bandwith yang kamu perlukan.

    Berapa besar website kamu?

    Adakah kamu nak mulakan website secara besar-besaran dari mula lagi atau kamu nak bermula secara kecilan dahulu? Adakah kamu akan menggunakan banyak imej dan video dalam website kamu?

    KEDUA: FAHAMI JENIS HOSTING YANG ADA

    Terdapat pelbagai jenis syarikat web hosting di pasaran Malaysia ini. Lazimnya, orang boleh keliru dengan pelbagai pilihan yang ada. Mereka tak tahu yang mana nak pilih dan yang mana sesuai dengan bisnes mereka. Cuba kita lihat 5 jenis web hosting yang berpotensi menjadi pilihan kamu.

    Shared Hosting

    Jenis hosting yang paling popular dan mempunyai harga berpatutan. Dalam shared hosting ini, banyak website akan berkongsi satu server. Jadi kamu akan berkongsi satu server dengan ramai lagi pemilik website yang lain. Jadi storage, broadband dan komponen kritikal lain akan dikongsi bersama.

    Kelebihan Shared HostingKekurangan Shared Hosting
    Kos efektif, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk individu yang berjimat cermat dan organisasi kecil.Jumlah CPU, RAM dan broadband yang ada terhad sebab dikongsi ramai orang.
    Mempunyai interface yang mesra pengguna dan senang digunakan tanpa kemahiran teknikal yang tinggi.Sebab ramai orang menggunakan websitemsekaligus, ini akan mengurangkan pretasi dan kelajuan.
    Segala urusan penyelenggaraan dibuat oleh syarikat web host. Kamu bebas dari tanggungjawab itu.Ada unsur risiko jika satu website dalam server itu dihack maka kemungkinan ia berlaku kepada website lain.
    Ada perkhidmatan pelanggan 24 jam untuk membantu pengguna dengan sebarang isu.Kawalan kamu terhadap unsur teknikal dan sumber website kamu seperti storage, kelajuan terhad.

    VPS (Virtual Private Hosting)

    VPS (Viartual Private Server) ialah hosting agihan. Setiap website diagihkan sumber, sistem dan storage yang khusus. Tidak ada perkongsian yang berlaku disini. Pemisahan ini bermakna bahawa prestasi satu VPS tidak dipengaruhi oleh tindakan orang lain, memberikan kestabilan dan kebolehpercayaan yang lebih baik.

    VPS ialah pilihan yang bagus untuk perniagaan dan pemilik tapak web yang memerlukan lebih banyak sumber dan prestasi yang lebih baik daripada pengehosan kongsi tetapi tidak mahu melabur dalam pelayan khusus penuh.

    Kelebihan VPSKekurangan VPS
    Sebab sumber yang disediakan kepada setiap website adalah khusus maka pretasi website adalah lebih baik.Kamu kena ada pengetahuan teknikal untuk menguruskan hosting kamu sendiri.
    Kamu ada kawalan penuh kepada sumber kamu dan kamu boleh membuat apa-apa konfigurasi atau penambahan sumber yang perlu untuk memenuhi keperluan kamu.Lebih mahal daripada shared hosting oleh itu ia mungkin tidak sesuai untuk pengguna dengan bajet yang ketat atau untuk tapak web kecil yang tidak memerlukan peruntukan sumber yang luas.
    Apa yang berlaku kepada website lain tidak memberi kesan kepada website kamu.
    Ciri keselamatan yang lebih tinggi berbanding shared hosting dan kamu boleh menambah ciri keselamatan jika kamu mahu.

    Dedicated Hosting

    Ini bermaksud, kamu akan mendapat keseluruhan werver untuk website kamu. Tak ada kongsi atau agihan. Kamu dapat hosting yang exclusif. Kamu mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap sumber server seperti CPU, RAM dan storan.

    Dedicated hosting menjamin prestasi tapak web yang optimum, menjadikannya penyelesaian terbaik untuk tapak web trafik tinggi, aplikasi intensif sumber dan platform e-dagang berskala besar. Ianya lebih sesuai untuk organisasi yang besar.

    Kelebihan Dedicated HostingKekurangan Dedicated Hosting
    Prestasi laman web yang sangat tinggi.Kos yang lebih mahal
    Ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti firewall.Kamu perlu mempunyai kemahiran teknikal untuk mengurus server.
    Kamu ada kawalan 100% terhadap konfigurasi sumber server.Tanggungjawab untuk menjaga server terletak pada kamu.
    Jarang website kamu akan down sebab seluruh sumber server tersebut sedang menjaga tapak web kamu.Mengambil masa yang agak lama untuk set up server sebab kena buat banyak konfigurasi untuk memenuhi keperluan tapak web kamu.

    Cloud Hosting

    Cloud hosting ini agak innovatof sebab dia tidak menggunakan server yang fizikal. Dia menggunakan server virtual dimana sumber boleh dikongsi dengan lebih baik dan lancar. Hosting is fleksibel sebab kamu bayar apa yang kamu guna.

    Kelebihan Cloud HostingKekurangan Cloud Hosting
    Fleksibiliti dalam menambah dan mengurangkan sumber keperluan kamuKamu tak ada banyak kawalan terhadap hosting ini.
    Stabil sebab sumber boleh diagihkan dengan senang dari satu tapak web ke tapak web yang lain.Risiko hacking sebab server ini adalah server virtual.
    Murah sebab kamu hanya bayar jumlah sumber yang kamu gunakan.Kemungkinan ada kos tersembunyi yang pelanggan tidak tahu.
    Pantas sebab cloud hosting menggunakan CDN (Content delivery Network) dimana sumber yang diperlukan of tapak web kamu akan dipindah dari server yang paling dekat dengan kamu. Jika ada gangguan internet, kamu tak dapat akses server kamu secara offline.

    Managed WordPress Hosting

    Berbeza dengan hosting yang lain, ini adalah hosting yang sangat spesifik untuk WordPress sahaja. Ia sangat optimum untuk mereka yang menggunakan blog sebagai perniagaan utama mereka kerana prestasi WordPress akan dimaksimakan sepenuhnya.

    Kelebihan Managed WordPress HostingKekurangan Managed WordPress Hosting
    Senang di mulakan dan di selenggara.Lebih mahal dari web hosting tradisional.
    Semua plugin akan diupdate secara automatik.Sumber yang terhad jadi kalau kamu nak tambah, kamu mungkin terpaksa bayar.
    Ciri keselamatan yang khas untuk WordPress.Mungkin terhad dari segi konfigurasi dan jenis plugin yang kamu boleh guna.
    Khidmat pelanggan yang pakar dalam WordPress.Susah nak memindah tapak web kamu ke hosting yang lain di masa hadapan.

    KETIGA: KENALI CIRI WEB HOSTING YANG BAIK

    Kalau nak memilih web hosting yang baik, bukan sahaja kamu kena kenal jenis web hosting yang ada tetapi kamu kena tahu apakah yang membuat web hosting itu sesuatu yang berkualiti. Untuk itu kamu kena faham beberapa istilah yang penting.

    Jaminan Uptime

    Cari hosting yang memberi jaminan uptime sebanyak 99.9%. Ini bermakna website kamu akan sentiasa aktif sepanjang masa.

    Disk Space

    Disk space atau storan mestilah sekurang-kurang 10GB ke atas. Ini memberikan ruang yang cukup untuk kamu memulakan perniagaan online pada awalnya.

    Bandwidth

    Ini bermaksud jumlah data yang dipindahkan dari website kamu ke server atau sebaliknya dalam satu jangka masa tertentu. Ini mempengaruhi kelajuan website kamu. Pastikan kamu memilih hosting yang menawarkan bandwidth yang unmetered. Ini akan memberikan kamu ruang yang besar untuk memindah data. Jangan risau pasal ini, sebagai peniaga kecil, kamu tidak akan menggunakan banyak ruang pun.

    One Click WordPress Install

    Pastikan web hosting menawarkan cara pemasangan WordPress yang mudah. Sebolehnya tak payah nak konfigurasi dan dengan hanya menekan satu butang, WordPress akan dipasangkan pada website kamu.

    Perkhidmatan Pelanggan 24/7

    Cari web hosting dengan sokongan pelanggan 24/7 yang responsif dan berpengetahuan. Khidmat pelanggan juga harus mempunyai pelbagai saluran (sembang langsung, e-mel, telefon) untuk memberikan kamu pilihan menghubungi untuk bantuan dengan sebarang isu teknikal.

    CloudFlare CDN

    Ini merupakan pilihan samada kamu nak atau tak. CDN bermaksud Content Delivery Network. Syarikat hosting ini ada banyak server di seluruh dunia. Selalunya, website kamu ditempatkan di satu server dan kalau server itu mengalami masalah, maka server lain yang lebih laju akan digunakan untuk memindah data tapak web kamu.

    Ini bukan wajib kena ada, sebab server yang sedia ada akan jarang mengalami masalah jika kamu menggunakan syarikat web hosting yang berkualiti seperti Hostinger and Hostgator.

    Positive SSL

    Positive SSL ini melindungi domain kamu. Jadi kalau kamu dah beli domain dengan SSL dari tempat lain seperti GoDaddy, kamu tak payah ambil pilihan ini. Kalau tak, kamu boleh menimbang untuk membeli komponen ini sebab ia akan melindungi data peribadi dan domain kamu.

    Dedicated IP Address

    Perlukah kamu satu alamat IP yang khusus untuk website kamu? Tak perlu. Tapi setengah pakej hosting memberikan ini sebagai bonus percuma. Kalau percuma ambil, kalau kena bayar tak payah.

    Itulah ciri-ciri asas yang kamu kena tahu untuk memilih web hosting paling baik untuk bisnes kamu. Pelbagai syarikat akan memberi pelbagai jenis pilihan tetapi inilah yang asa untuk mereka yang baru bermula secara kecil-kecilan dahulu.

    Tengok Review

    Cuba tengok review dari pelanggan yang lain. Review akan memberikan kamu lebih banyak informasi sama ada web host ini berbaloi atau tak. Tengok apa yang mereka puji dan juga apa yang mungkin mereka kritik. Timbangkan sama ada review mereka memberikan kamu keyakinan.

    TIPS PILIH WEB HOSTING YANG PALING BAIK

    Jadi, apakah jenis web hosting yang patut kamu pilih?

    Sebagai peniaga yang baru, mulakan dengan Shared Hosting dahulu.

    Pilih pakej yang paling rendah sekali untuk bermula. Kalau bisnes kamu berkembang, kamu boleh upgrade pakej kamu nanti. Itulah cara yang paling selamat dan menjimatkan wang.

    Dua syarikat hosting yang boleh kamu pertimbangkan adalah Hostinger and Hostgator. Kedua-dua syarikat ini mempunyai segala ciri-ciri web hosting yang baik. Perkhidmatan pelanggan mereka juga sangat bagus. Tapi, kamu akan jarang sekali guna perkhidmatan pelanggan mereka kerana pengurusan tapak web kamu akan menjadi sangat mudah.

    Hostgator menawarkan pakej permulaan dengan hanya RM18.00 sebulan.

    Manakala Hostinger pula menawarkan pakej yang dari RM10.00 sebulan! Hostinger ini memang murah.

    KESIMPULAN

    Gunakan maklumat yang diberi diatas untuk memilih web hosting paling baik untuk diri kamu. Pilihan kamu haruslah pakej yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan wang. Jangan terlalu fikir pasal benda yang tak perlu. Mulakan web hosting kamu dengan perkara yang asas dulu. Pastikan juga ada ciri keselamatan untuk melindungi perniagaan online kamu.


    Tolong Share dan Support!