Skip to content
Home » OHSOMEPLR » 3 Elemen Bisnes Online Yang Kamu Harus Ada

3 Elemen Bisnes Online Yang Kamu Harus Ada

    Tolong Share dan Support!

    Tahu tak sebenarnya, kamu hanya perlu 3 elemen bisnes online untuk membina perniagaan secara serius. Ramai orang dah mula mencuba berniaga online dari rumah sekarang dan dengan penggunaan internet yang meluas dan kebolehcapaian teknologi yang semakin meningkat, usahawan dan bisnes dari semua saiz merebut peluang untuk mewujudkan kehadiran digital.

    Selalunya orang memulakan bisnes online ini dengan budget yang kecil. Jadi mereka tidak mampulah membeli tools yang mahal dan yang harus dibayar setiap bulan.

    Sebenarnya, kamu tak payah pun semua benda yang direkomendasikan oleh orang lain sebab kamu tak akan gunakan semua benda yang kamu beli itu. Jadi jangan membazir wang. Malah dengan membeli peralatan yang kamu tidak perlu, risiko kegagalan kamu lebih tinggi.

    Saya mempelajari ini dengan cara yang susah. Saya membelanjakan beribu ringgit untuk mempelajari macam-macam taktik dan menggunakan bermacam tools yang menjanjikan keputusan yang cepat. Akhirnya, saya sedar dalam perjalanan online ini bahawa semua ini tidak benar.

    Apa yang kamu perlukan hanyalah 3 alat ini sahaja.

    NAMA DOMAIN

    Elemen pertama daripada 3 elemen bisnes online adalah nama domain. Sesiapa yang ingin memulakan bisnes online mesti mempunyai nama domain. Nama domain ialah alamat digital unik internet kamu, yang membolehkan pengguna mencari dan mengakses tapak web kamu dengan mudah.

    Ia bukan sahaja menonjolkan imej profesional, tetapi ia juga membantu untuk mewujudkan pengenalan dan kredibiliti jenama. Nama domain yang baik harus boleh diingati, berkaitan dengan bisnes atau kandungan kamu dan mencerminkan keperibadian jenama kamu.

    Tambahan pula, memiliki nama domain ini memastikan tapak web kamu boleh diakses oleh khalayak ramai.

    Tanpa nama domain, kamu akan terpaksa bergantung sepenuhnya pada alamat IP generik, menyukarkan pengguna untuk mencari tapak web kamu dalam keluasan internet dimana ada berjuta laman web yang mungkin sama seperti kamu.

    Kenapa Perlu  Domain Yang Baik

    Pilihan nama domain yang unik dan bermakna ialah langkah penting dalam membangunkan kehadiran online kamu.Nama domain yang tidak dapat dilupakan memudahkan pelanggan mengingati dan berkongsi dengan orang lain, mengekalkan jenama kamu dalam fikiran mereka. Ia harus mencerminkan identiti, produk atau perkhidmatan syarikat kamu, menjadikannya mudah dikenal pasti dan berkaitan dengan khalayak sasaran kamu.

    Dengan memilih nama domain yang konsisten dengan jenama kamu dan mudah diingati, kamu bukan sahaja akan meningkatkan pendedahan online kamu tetapi juga membangunkan imej yang boleh dipercayai dalam dunia digital.

    Domain ini ada macam-macam kan? Ada beratus di dunia internet ini. Tetapi bukan semua domain ini bertaraf sama. Ada yang lebih bernilai daripada yang lain. Biar saya kongsikan 7 domain yang popular untuk bisnes online.

    1.comdigunakan secara meluas untuk bisnes, e-dagang dan tapak web umum
    2.netini patut menjadi pilihan kedua kamu kalua tak dapat nama domain yang berakhir dengan .com.
    3.coselalunya digunakan sebagai alternatif yang lebih pendek kepada .com, ia menjadi popular untuk bisnes.
    4bizdigunakan untuk tapak web berkaitan bisnes dan e-dagang
    5.shopDireka bentuk untuk e-dagang dan platform beli-belah online
    6.storeDitujukan kepada kedai dalam talian dan bisnes runcit
    7.agencySesuai untuk agensi kreatif dan firma pemasaran

    10 Tips Untuk Memilih Name Domain

    Cara nak pilih nama domain ini ada kaedahnya. Kamu tak boleh pilih suka-suka saja. Nak tahu cara dia? Berikut ialah 10 cadangan berguna yang perlu diingat semasa mendaftar domain:

    1. Pastikan ia pendek dan manis.
    2. Jangan guna nombor atau simbol dalam domain.
    3. Guna kata kunci sebagai sebahagian daripada nama domain.
    4. Pastikan domain mencerminkan bisnes kamu. Jangan letak kucing.com tapi kamu jual handphone!
    5. Jangan curi hakcipta orang lain. Elakkan nama jenama popular.
    6. Guna pendaftar domain yang berkualiti seperti Namecheap and GoDaddy
    7. Pastikan domain kamu ada perlindungan privasi.
    8. Sebolehnya, pilih domain TLD (Top Level Domain) seperti .com, .net dan sebagainya.
    9. Jangan hadkan domain kamu dengan nama yang terlalu spesifik. Contoh, diabetesorangtua.com. Ini menghadkan kamu mengembangkan bisnes kamu nanti.
    10. Jangan guna nama yang ikut trend. Trend tak kekal lama. Bila trend hilang, orang akan lupa nama domain kamu.

    WEB HOSTING

    Perkara kedua dalam 3 elemen bisnes online adalah web hosting. Kalau nama domain itu alamat rumah maka web hosting adalah tapak rumah tersebut.

    Web hosting adalah penting untuk membina kehadiran online yang kukuh dan menjadikan tapak web kamu tersedia kepada pengguna di seluruh dunia.

    Website kamu mungkin nampak simple tapi ia ada banyak fail dan data yang mesti disimpan dan diselenggara. Web hosting menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menyimpan fail ini dengan selamat dan memastikan tapak web boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Website kamu tidak akan mempunyai rumah di internet jika ia tidak mempunyai web hosting. Kamu pun tak boleh jual apa-apa produk di website tanpa hosting ini. Walaupun memang betul , sesetengah orang masih boleh berniaga walaupun tidak mempunyai website TETAPI untuk jangka masa yang panjang, jika kamu betul-betul serius untuk mengembangkan perniagaan kamu maka website ini akan merupakan aset yang penting.

    Mungkin kamu akan cakap, ‘tapi saya boleh buat affiliate marketing di Facebook, tak payah web hosting pun’. Ya la, tapi Facebook pun kena ada web hosting juga walaupun bukan kamu yang punya. Pendek kata, kalau kamu nak website yang kukuh, kena ada web hosting.

    Secara umunya, ada 4 jenis web hosting

    1. Shared
    2. VPS
    3. Dedicated
    4. WordPress

    Selalunya, kebanyakan orang akan pilih shared hosting untuk memulakan bisnes online. Shared hosting ini maksudnya dalam satu server yang besar ada pelbagai jenis website.

    Contoh: Katakan tuan tanah (web hosting) ada satu bangunan yang besar (server). Jadi tuan tanah itu sewakan bilik-bilik dalam bangunan itu kepada pelbagai syarikat (website). Setiap syarikat itu akan bayar sewa bilik, elektrik dan sebagainya.

    Itulah konsep shared hosting dan ini menjadikan shared hosting satu pilihan yang murah dan popular di kalangan mereka yang ingin buat duit dari rumah.

    Jangan keliru antara WordPress hosting dengan Shared hosting. WordPress hosting lebih teknikal sikit tapi kita pilih Shared hosting sebab ia lebih senang di urus oleh kebanyakan orang.

    8 Tips Untuk Pilih Web Hosting Yang Bagus

    (i) Prestasi

    Pilih web host yang ada uptime tidak kurang daripada 99.9%. Uptime itu maksudnya website tidak akan down dengan senang. Laman web yang perlahan atau kerap turun boleh merendahkan pengalaman pengguna. Web host seperti Hostinger dan HostGator mempunyai reputasi uptime yang sangat bagus.

    (ii) Perkhidmatan Pelanggan 24/7

    Sebagai peniaga online, kamu pasti akan berhadapan dengan masalah teknikal semasa menguruskan website kamu. Jadi kamu kena pastikan perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan oleh web host kamu beroperasi 24/7 dan mereka harus mempunyai lebih dari satu jenis cara untuk dihubungi seperti telefon, e-mel, boring online, chat dan sebagainya.

    (iii) Ciri Keselamatan Yang Bagus

    Cari web host yang mempunyai ciri keselamatan yang bagus seperti sijil SSL, perlindungan DDoS, pengimbasan virus dan sebagainya. Masa sekarang ini banyak sangatlah hackers kat luar jadi pastikan kamu tidak mengambil mudah tetang hal keselamatan.

    (iv) Ruang Untuk Store Data Yang Cukup

    Pastikan pakej web host kamu mempunyai storage yang mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan website kamu. 10GB sebagai permulaan selalunya cukup untuk memulakan bisnes.

    (v) Panel Yang Sedang Digunakan

    Kebanyakan daripada kita tak begitu bagus dari segi teknikal dan oleh itu perkara terakhir yang kita perlukan ialah panel web host yang rumit. Apabila kamu memilih web host kamu, pastikan mereka mempunyai interface yang mesra pengguna. Ia menghilangkan banyak tekanan, kemarahan dan menjimatkan masa kamu.

    (vi) Mempunyai WordPress

    Kelebihan WordPress adalah ia membolehkan kamu membina website kamu dengan senang. WordPress adalah CMS (content management system) yang paling popular di dunia. Jadi pastikan website kamu itu mempunyai WordPress.

    (vii) Jaminan Wang Balik

    Kalau web host itu ada polisi jaminan wang balik jika kamu tak puas hati , lagi baik. Ini mengurangkan risiko kamu membuat pilihan yang salah.

    (viii) Bermula Dengan Pakej Paling Rendah

    Saya syorkan disini untuk kamu selalu bermula dengan pakej yang paling rendah. Sebab apa? Kalau kamu tak berpuas hati dan bisnes kamu pun tak jadi maka kamu takan rugi banyak. Sebaliknya, jika bisnes kamu berkembang, kamu selalu boleh upgrade.Jadi bermula dari tahap bawah boleh menjimat wang dan memberi jalan untuk kamu berkembang lebih besar lagi jika mahu.

    PEMASARAN E-MEL

    Pemasaran e-mel adalah penting untuk bisnes kerana ia adalah salah satu cara paling berkesan dan langsung untuk berinteraksi dengan khalayak tertentu. Ia membolehkan kamu menyediakan kandungan peribadi dan promosi yang terus boleh di e-mel kepada pelanggan.

    Dalam kesemua 3 elemen bisnes online, saya berani kata inilah yang paling penting sekali!

    Pemasaran e-mel, membolahkan kamu menyasarkan kumpulan dengan kempen e-mel yang diautomasikan, menjimatkan masa dan usaha sambil memastikan komunikasi berterusan dengan pelanggan kamu.

    Pemasaran e-mel kekal sebagai alat yang berkuasa untuk mencapai matlamat pemasaran dan membangunkan hubungan pelanggan jangka panjang dengan memupuk hubungan, membina kesetiaan jenama dan meningkatkan jualan.

    Ciri-Ciri Syarikat Pemasaran E-Mel Yang Bagus

    Syarikat pemasaran e-mel yang bereputasi boleh memberi impak besar pada kejayaan kempen e-mel kamu dan keseluruhan usaha pemasaran. Berikut adalah beberapa ciri utama syarikat pemasaran e-mel yang bagus:

    (i) E-mel tak sangkut dekat spam folder:

    Adalah penting e-mel kamu masuk ke inbox pelanggan dan bukan ke spam folder mereka. Syarikat pemasaran e-mel yang boleh dipercayai akan mempunyai hubungan yang baik dengan ISP (Penyedia Perkhidmatan Internet) dan akan menggunakan amalan terbaik untuk memastikan kadar kebolehhantaran yang tinggi.

    (ii) Interface Pengguna Mudah

    Ini penting untuk orang yang bukan teknikal dan supaya kamu dalam membuat segala urusan pemasaran dengan senang dan mudah.

    (iii) Automasi

    Cari syarikat yang membenarkan kamu mengautomasikan e-mel kamu seperti Aweber dan GetResponse. Kempen e-mel automasi ini sangatlah berguna. Kamu hanya perlu setting e-mel sekali sahaja dan ia akan dihantar berulang kali kepada setiap orang yang subscribe dengan kamu.

    (iv) Ada Template Yang Menarik

    Yang baiknya dengan pemasaran e-mel ini, kamu tak perlu susah sangat tulis e-mel. Aweber sekarang memounyai AI yang boleh menulis untuk kamu. Mereka juga mempunyai banyak template yang cantik untuk pelbagai jenis bisnes. GetResponse pula mempunyai landing page yang sangat menarik. Kesemua kriteria ini akan memudah usaha kamu menjalankan bisnes online.

    (v) Khidmat Pelanggan 24 Jam

    Ini kamu pun sudah tahu betapa pentingnya faktor ini. Jadi tak payah nak hurai lebih lanjut lagi. Kamu kena cari email marketing provider yang boleh dihubungi setiap masa.

    KESIMPULAN

    Kalau kamu nak membina bisnes online, kamu hanya perlu nama domain, lepas itu guna web hosting untuk bina website dan di website itu tangkap e-mel pelanggan untuk promosikan produk kamu. Inilah 3 elemen bisnes online untuk membina perniagaan internet.


    Tolong Share dan Support!