Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Buat Affiliate Marketing Tanpa Website – Jom Belajar 6 Cara Popular Ini!

Buat Affiliate Marketing Tanpa Website – Jom Belajar 6 Cara Popular Ini!

    Tolong Share dan Support!

    Macam mana nak buat affiliate marketing tanpa website? Jangan risau! Affiliate marketing telah mengubah secara drastik cara orang berniaga di dunia online. Ramai orang sekarang dapat menjana pendapatan pasif dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan daripada jenama terkenal.

    Jika kamu tidak mempunyai masa, wang atau pengetahuan teknikal untuk mencipta dan menyelenggara tapak web, artikel ini akan memberi kaedah alternatif yang boleh membuka jalan kepada kejayaan dalam arena pemasaran affiliate tanpa memerlukan laman web tradisional.

    Jika kamu rasa info ini menarik, pastikan kamu baca artikel ini sampai habis.

    PINTEREST

    Pinterest merupakan satu platform dimana kamu boleh pin gambar produk kamu dengan affiliate link. Bila orang klik dekat gambar tersebut mereka akan dibawa kepada website produk itu.

    (1) Pilih Niche Yang Sesuai

    Kalau kamu nak buat bisnes affiliate dengan Pinterest, lebih baik kamu fokus kepada niche tertentu daripada cuba mempromosikan pelbagai jenis produk.

    Tak kisahlah kalau kamu nak pilih niche kesihatan, pakaian, hiasan rumah atau apa-apa saja. Janji, pilih satu niche. Ini akan mengurangkan peluang kamu gagal dalam affiliate marketing.

    (2) Pilih Beberapa Produk Affiliate Dalam Niche Itu.

    Bila kamu dah pastikan niche kamu, cari produk dalam niche itu yang kamu boleh promosikan. Jangan cari terlalu banyak pula. Cari dalam lingkungan 5 ke 10 produk yang berasingan.

    Ini penting sebab, kalau kamu hanya satu atau dua produk, kamu terhad dalam jenis posting kamu di Pinterest. Kalau ada terlalu banyak, kamu mungkin hilang fokus.

    (3) Cipta Papan Produk Di Pinterest

    Bila kamu dah pilih produk, pergi ke Pinterest and ciptakan papan or board di Pinterest itu. Satu board untuk satu jenis produk.

    (4) Dapatkan Imej Produk

    Cari gambar yang sesuai dengan produk yang kamu promosikan. Cari seberapa gambar yang boleh. Kamu boleh dapatkan gambar tersebut dari website syarikat berkenaan. Cuba hasilkan gambar yang nampak real atau mockup seperti orang pegang produk itu dan sebagainya.

    (5) Post Pin Kamu

    Lepas kamu dah dapat gambar dan kamu ada affiliate link untuk produk itu, kamu boleh terus hasilkan pin dengan Canva dan buat posting. Itu saja cara kamu buat affiliate marketing tanpa website, tanpa perlu membina senarai email dan sebagainya.

    (6) Interaksi

    Pilih akaun yang serupa dengan niche kamu dan berinteraksi dengan komuniti akaun itu. Bila mereka mula berinteraksi balik, mereka akan melawat akaun kamu dan melihat pin produk kamu. Bila mereka klik pada pin tersebut dan membeli produk tersebut, kamu akan dapat komisen.

    FACEBOOK GROUP

    Facebook Group masih lagi effektif sebagai satu channel affiliate marketing. Ramai yang bekerja dari rumah menggunakan Facebook Group ini. Ada pelbagai cara macam mana kamu boleh buat affiliate marketing tanpa website menggunakan platform ini tetapi cara ini mungkin antara cara yang effektif.

    (1) Bina Profil Kamu

    Pastikan profil itu melambangkan jenama atau personality kamu. Jangan pakai gambar profil yang mengarut – pakai gambar yang professional atau yang nampak sopan dan mesra.

    Gunakan Canva untuk hasilkan Facebook banner yang sesuai dengan profil kamu. Letakkan link di profil supaya orang boleh mencari produk kamu. Lepas itu post beberapa informasi tentang produk itu di halaman Facebook kamu.

    (2) Buka Group Kamu Sendiri

    Cara yang terbaik membuat affiliate marketing menggunakan Facebook Group adalah dengan memulakan satu group yang khusus kepada satu niche. Lepas itu, post content yang menarik dalam group tersebut. Letak link facebook group kamu di laman media sosial kamu yang lain supaya menarik minat orang lain untuk join group itu.

    Bila group member kamu mula bertambah, kamu bercakap tentang kelebihan produk yang kamu nak promosikan. Jangan promote dulu! Bagi informasi yang berguna untuk meningkat tahap kepercayaan members terhadap kamu. Lepas komuniti group kamu makin bertanbah, barulah start promote.

    Dalam Facebook group ini banyak yang suka spam, jadi pastikan kamu menjadi moderator yang bertanggungjawab dan hanya meluluskan posting yang membawa menfaat kepada komuniti kamu. Kalau tak, hancurlah group kamu nanti.

    (3) Join Group Facebook Group Lain

    Cari group yang sama dengan niche kamu dan join group itu. Apabila kamu diterima masuk ke dalam group itu, mula berinteraksi dengan ahli group yang lain.

    Jangan promote apa apa produk lagi! Jangan lakukan kesilapan ini yang banyak dibuat oleh orang lain. Tujuan kamu join group-group ini adalah untuk membina kepercayaan keatas kamu dan juga untuk menyumbang informasi yang berguna dan membantu.

    Apabila orang lain mula berinteraksi dengan kamu, kamu akan mengajak mereka untuk join group kamu pula. Di group kamu sendiri, kamu boleh menggunakan peraturan 60/40 iaitu 60% informasi berguna dan 40% promosi produk.

    Jika orang lain memilih untuk join group kamu maka kamu mempunyai peluang yang tinggi untuk mempromosikan produk yang bakal dibeli oleh mereka.

    TIKTOK

    Platform paling popular di Malaysia! Kelebihan TikTok adalah ia membenarkan kamu meletak affiliate link pada profile kamu dan video yang perlu kamu buat ini sangat senang sebab ia hanya video yang pendek sahaja dalam lingkungan 15 saat ke 3 minit.

    Langkah menggunakan TikTok untuk affiliate marketing adalah seperti ini:

    1. Cari produk affiliate yang sesuai dengan niche kamu.
    2. Dapatkan affiliate link untuk product tersebut.
    3. Letak affiliate link itu di profile kamu
    4. Kamu juga boleh buka TikTok shop dimana semua barangan di dalam shop itu merupakan produk affiliate
    5. Buat video
    6. Di akhir video, letak caption yang menyuruh penonton supaya melawat profile kamu.

    YOUTUBE

    Untuk YouTube, masa videonya lebih lama dan affiliate link diletakkan di bahagian deskripsi video. Contoh video yang kamu boleh buat untuk produk affiliate ialah review, perbandingan, penerangan dan demonstrasi.

    Kelebihan YouTube adalah yang menjadikannya antara platform paling popular untuk buat affiliate marketing tanpa website adalah kamu boleh letak lebih daripada satu affiliate link dalam deskripsi video kamu. Ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mempromosikan pelbagai produk affiliate.

    (1) Buka Channel Di Niche Yang Khusus

    Inilah benda yang di ulang berkali-kali tetapi ianya sangat penting. Channel kamu mestilah berdasarkan satu topik yang spesifik. Jangan hari cakap pasal kesihantan, esok cakap pasal percutiaan and lepas itu buta content untuk penjagaan bayi. Ini akan mengelirukan penonton.

    Niche yang selalunya popular dan evergreen adalah seperti:

    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Hubungan
    • Percutian
    • Teknologi
    • Motivasi

    (2) Buat Video Yang Di Cari Oleh Orang Lain

    Apa maksud ini? Ramai orang suka post video ikut suka hati saja. Janji dia suka topik itu maka dia akan buat video tersebut. Kalau nak jadi YouTuber serious, ini taktik yang salah. Kamu sepatutnya membuat keyword research untuk mengetahui apakah topik yang diminati oleh kebanyakan orang dalam niche. Video kamu harus bersasar kepada topik tersebut dengan memberi tips, penerangan dan sebagainya.

    (3) Call To Action

    Ini maksudnya, diakhir video kamu, ada permintaan kepada menonton untuk pergi ke deskripsi video untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang content kamu. Apabila mereka pergi kesana, mereka akan melihat affiliate link kamu.

    Video di YouTube akan kekal untuk jangka masa yang lama dan akan ditayangkan kepada penonton yang berada dalam niche yang sama seperti kamu. Jadi satu video kamu itu mungkin akan ditayangkan untuk bertahun-tahun.

    INSTAGARM

    Menurut Oosga, ada lebih kurang 15 juta pengguna Instagram di Malaysia dalam lingkungan 18 ke 34 tahun. Ini satu jumlah yang sangat banyak dan memberi kamu kamu platform yang besar untuk menjual produk. Jika kamu boleh membina beberapa followers setiap minggu di akaun Instagram dan rajin buat post, cara ini boleh digunakan.

    (1) Pilih Produk Yang Berbaloi

    Disini, kamu akan pilih beberapa jenis produk untuk dipromosikan. Untuk memaksimakan keuntungan kamu, lebih baik jika kamu memilih produk yang akan memberi komisen yang lumayan. Lebih tinggi kadar komisen produk, ia lebih berbaloi dengan usaha kamu.

    (2) Bina Followers Kamu.

    Senang cakap. Tapi macam mana? Ini cara yang mudah dan effektif untuk kamu buat duit affiliate dengan Instagram.

    (a) Post Instagram Reels

    Buat Instagram reels. Ini merupakan video yang pendek seperti Instagram dan YouTube Shorts. Video pendek ini berkesan sebab is senang ditonton dan Instagram akan menayangkan video ini kepada ramai orang kerana Instagram ini sedang bersaing dengan TikTok dan Shorts. Ini akan menarik subscribers baru setiap hari.

    (b) DM Followers Kamu

    Apabila kamu mula mendapat subscribers baru, DM mereka dan tanya jika mereka berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk yang boleh membantu mereka. Jika mereka berminat, maka kamu boleh bagi mereka link produk tersebut. Kalau mereka tak berminat, jangan paksa lagi. Teruskan post dalam akaun Instagram kamu dan bina kredibiliti kamu. Ingat! Jangan spamming followers kamu.

    BUAT ADS

    Ini cara pemasaran affiliate yang paling cepat sekali boleh mendapatkan web trafik. Kamu hanya perlu letak ads di Google atau Microsoft Bing dan bergantung kepada jumlah nilai ads itu, kamu akan mula dapat pengunjung ke produk affiliate kamu. Tapi cara ini lebih berkesan kepada mereka yang ada budget untuk buat pengiklanan online and untuk mereka yang tahu selok-belok membuat ads.

    GUNA TELEGRAM

    Telegram ini dah jadi besar macam satu media sosial tersendiri jadi bolehlah kamu platform ini untuk buat affiliate marketing.

    Kamu boleh mulakan satu channel berkenaan niche kamu. Letak informasi yang berguna di channel kamu itu. Lepas itu cari channel yang serupa dengan niche kamu and mula posting informasi yang sama. Bila orang mula berinteraksi dengan kamu, ajak mereka ke channel kamu dan bina komuniti channel kamu untuk promosikan produk.

    KESIMPULANNYA

    Walaupun laman web sudah pasti boleh meningkatkan perjalanan pemasaran affiliate, ketiadaannya tidak seharusnya menghalang kamu yang bercita-cita tinggi. Dengan menggunakan pelbagai platform, mencipta kandungan yang menarik dan mewujudkan interaksi yang bermakna, kamu boleh memanfaatkan potensi besar affiliate marketing tanpa website, membuka jalan kepada usaha niaga yang menguntungkan dan bermanfaat dalam dunia online.


    Tolong Share dan Support!