Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Affiliate Marketing – Panduan Lengkap 2023 Untuk Rakyat Malaysia

Affiliate Marketing – Panduan Lengkap 2023 Untuk Rakyat Malaysia

    Tolong Share dan Support!

    Jika anda tertanya-tanya apa itu affiliate marketing, panduan lengkap ini membincangkan aspek penting yang kamu harus mengetahui tentang bisnes ini di Malaysia. Affiliate marketing telah berkembang menjadi salah satu model perniagaan online yang paling popular di dunia.

    DEFINISI AFFILIATE MARKETING?

    Dalam model affiliate marketing, anda sebagai affiliate akan berkerjasama dengan syarikat lain untuk melakukan aktiviti promosi produk atau perkidmatan mereka. Ini dilakukan dengan berkongsi affiliate link yang akan diberikan oleh syarikat berkenaan. Sekiranya, ada orang yang membeli melalui link tersebut maka kamu akan menerima sejumlah bayaran dalam bentuk komisen yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, affiliate adalah orang tengah diantara produk dan pembeli.

    Dalam hubungan perniagaan ini, anda dikenali sebagai affiliate manakala syarikat yang mengeluarakan produk atau perkhidmatan dikenali sebagai merchant atau advertiser.

    Dalam era digital ini, ada pelbagai cara untuk buat duit dari rumah, namun affiliate marketing telah muncul sebagai strategi bisnes online yang berkuasa dan popular untuk perniagaan dan individu. Mari kita terokai sebab di sebalik popularitinya yang meluas.

    (1) Perniagaan E-dagang Yang Berkembang Pesat

    Dalam era digital ini, semakin ramai orang mula membeli secara online. Anda sendiri pasti pernah membeli sesuatu dalam online. Di masa pandemik, jumlah pembeli secara online telah bertambah secara mendadak. Ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak biasa membeli secara online sudah membiasakan diri dengan ‘norma’ baru membeli barang. Ini membuka peluang yang besar kepada affiliate untuk mempromosikan produk atau perkidmatan mereka kepada pasaran pembeli yang lebih luas.

    Menurut Global Data, jumlah jualan e-dagang di Malaysia dijangka mencecah hampir RM70 billion pada tahun 2026.

    Global Data

    (2) Kos Perniagaan Yang Murah

    Bagi pengeluar produk, mereka hanya perlu membayar komisen kepada affiliate bila berlakunya pembelian. Segala aktiviti promosi dilakukan oleh affiliate sendiri dan tidak melibatkan syarikat pengeluar produk. Pendekatan ini sangat menguntungkan advertiser yang tidak perlu mengeluarkan bajet perniagaan yang besar.

    Sebagai affiliate, kamu pula tidak perlu memiliki produk atau perkhidmatan sendiri. Kamu tidak perlu menyimpan apa-apa inventori dan tidak payah berurusan secara langsung dengan pelanggan. Kos untuk memulakan affiliate marketing sangat kecil. Faktor ini menjadi tarikan yang amat kuat untuk ramai orang mencuba perniagaan affiliate marketing.

    (3) Kemunculan Trend Influencer Di Media Sosial

    Media sosial telah melahirkan generasi influencer yang boleh mempengaruhi sikap pembeli dan ini menjadikan affiliate marketing sangat sesuai digunakan sebagai salah satu cara menjana pendapatan. Influencer yang sering membuat content sendiri yang original dan unik menjadikan mereka sebagai authority atau pakar berkenaan subjek berkenaan. Maka apa-apa cadangan yang dibuat akan menggalakkan pengikut untuk mencuba atau membeli.

    (4) Fleksibiliti Dalam Menjalankan Perniagaan

    Sebagai affiliate, anda boleh bekerja di mana sahaja. Dengan hanya menggunakan internet dengan laptop atau telefon pintar, anda boleh berhubung dengan penonton anda dan melakukan activiti promosi. Kebebasan bekerja ini menjadi tarikan yang amat kuat terutamanya kepada golongan muda yang ingin keseimbangan dalam hidup and alam pekerjaan.

    (5) Peluang Menjana Pelbagai Pendapatan

    Di Malaysia, masih kurang orang yang faham bagaimana cara untuk mempelbagaikan pendapatan sebagai affiliate. Sebagai affiliate, kamu bukan sahaja dapat menjana pendapatan dengan mengesyorkan produk malah kamu boleh menjual produk digital sendiri, menawarkan tapak iklan di laman web anda seperti Adsense.

    3 PERANAN UTAMA DALAM AFFILIATE MARKETING

    Dalam dunia affiliate marketing ada 3 peranan utama iatu advertiser, affiliate dan pembeli.

    (1) Advertiser

    Merchant atau advertiser merupakan syarikat atau indidividu yang memiliki sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanggungjawab mereka termasuk:

    • Menetapkan kadar bayaran komisen dan syarat-syarat dalam program affiliate mereka.
    • Memberi sokongan dalam bentuk menyediakan bahan promosi seperti banner, gambar produk, pautan link dan sebagainya.
    • Menyediakan kaedah untuk affiliate memantau jumlah jualan dan klik yang diperolehi supaya affiliate dapat melakukan promosi dengan lebih berkesan.
    • Memastikan bayaran komisen untuk setiap jualan dibayar tepat pada masanya seperti yang dijanjikan dalam terma program affiliate.

    (2) Affiliate

    Sebagai affiliate, peranan kamu hanya satu iaitu menggalakkan penonton kamu membeli barangan yang kamu promosikan. Ini dilakukan melalui penghasilan content yang menarik dan unik untuk penonton anda. Content yang baik akan meningkatkan tahap kepercayaan penonton terhadap kata-kata kamu. Ini menjadikan mereka lebih yakin dengan promosi yang kamu lakukan dan akhirnya membeli barangan tersebut.

    Oleh kerana affiliate marketing ini merupakan satu bisnes, kamu juga harus meneliti data seperti klik, kunjungan pelawat, jumlah jualan dan sebagainya.

    (3) Pembeli

    Pembeli adalah individu yang akan klik kepada pautan affiliate anda selepas melihat atau membaca content yang anda hasilkan. Tujuan content adalah untuk ‘memujuk’ pembeli untuk melawat laman web advertiser dan membeli produk atau perkhidmatan yang kamu syorkan.

    5 TAHAP DALAM AFFILIATE MARKETING

    Dalam proses affiliate marketing dari permulaan hinggalah ke tahap affiliate dibayar, ada 5 tahap yang anda harus tahu. Ini akan memudahkan anda untuk memahami dengan lebih baik apakah itu affiliate marketing. 5 tahap tersebut adalah:

    (1) Memilih dan Menyertai Program Affiliate

    Langkah pertama dalam proses ini bermula apabila kamu sebagai affiliate memilih produk yang kamu ingin promosikan dan menyertai program affiliate yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

    Apabila kamu menyertai program affiliate, ada advertiser yang mungkin akan meluluskan permohonan kamu secara automatik dan ada juga yang akan mempunyai syarat seperti harus ada laman web sendiri, harus ada media sosial yang mempunyai jumlah pengikut tertentu dan sebagainya.

    Apabila kamu diterima masuk ke dalam program affiliate, kamu akan diberi satu affiliate link. Link ini sangat penting sebab inilah link yang akan di klik of pembeli. Advertiser pula akan dapat menentukan melalui link ini siapakah affiliate yang harus dibayar sekiranya pembelian berlaku.

    Antara program affiliate yang popular di Malaysia adalah:

    1. Lazada
    2. Shoppee
    3. Zalora
    4. Involve Asia
    5. Photobook Malaysia
    6. Bus Online Ticket

    (2) Mempromosikan Program Affiliate

    Inilah langkah yang paling penting and merupakan tugas utama kamu sebagai affiliate. Affiliate akan menggunakan pelbagai cara dan platform untuk promosikan affiliate link mereka melalui content. Di Malaysia, cara yang paling popular sekarang adalah melalui tik tok, instagram dan facebook. Ada juga sebahagian yang menggunakan YouTube dan juga blog. Selain itu, ada juga cara-cara yang sebenarnya kurang digunakan of para affiliate di Malaysia tetapi masih berpotensi seperti:

    Inilah matlamat setiap affiliate! Semua usaha promosi kamu berfokus ke arah pembeli klik pada pautan link affiliate. Cara yang terbaik untuk melakukan ini adalah dengan menghasilkan content yang bermutu tinggi dan yang dapat menjawap sebarang kemusykilan yang dihapai oleh pembeli tersebut.

    (4) Pembelian

    Apabila pembeli klik pada pautan link, mereka akan dibawa ke laman web produk atau perkhidmatan yang disyorkan. Di laman web advertiser tersebut, pembeli berpeluang mendapatkan lebih banyak maklumat yang terperinci berkenaan produk berkenaan. Berdasarkan maklumat yang ada, pembeli dapat membuat keputusan yang rasional untuk membeli.

    (5) Menerima Bayaran

    Apabila pembelian telah berlaku, advertiser akan mengesan melalui pautan affiliate link, siapakah affiliate yang terlibat dalam transaksi tersebut dan mengira bayaran komisen yang harus diberikan. Pembayaran akan mengikut terma yang digariskan di dalam affiliate sama ada selepas tamat tempoh refund, sebulan sekali atau serta merta. Tugas advertiser adalah untuk memastikan bayaran masuk tepat pada waktunya.

    3 CARA UTAMA MEMPROMOSIKAN AFFILIATE MARKETING

    Semua jenis affiliate marketing melibatkan content. Content boleh berada dalam bentuk tulisan, imej ataupun video. Jadi, mustahil kamu boleh melakukan affiliate marketing tanpa menghasilkan content. Tetapi, content itu merupakan satu konsep yang besar dan boleh dipecahkan kepada beberapa jenis affiliate marketing yang popular.

    (1) Niche Affiliate

    Niche website merupakan laman web yang spesifik. Lazimnya, niche website ini berkisar kepada satu jenis topik sahaja. Topik tersebut tidak begitu luas tetapi bertumpu kepada satu subjek dalam topik tersebut.

    Contoh:
    Katakan kamu sangat meminati kucing dan ingin memulakan affiliate marketing dalam topik berkenaan kucing. Tetapi topik kucing ini terlalu luas jadi adalah lebih baik jika kamu bertumpu kepada subjek yang spesifik dalam topik kucing seperti makanan kucing, aksesori kucing, penjagaan kebersihan kucing dan sebagainya.

    Dengan bertumpu kepada subjek atau niche yang spesifik, kamu dapat sasarkan content kamu kepada penonton yang berminat dengan niche berkenaan. Ini akan menaikan authority kamu dan aktiviti promosi kamu akan menjadi lebih efektif.

    (a) Produk Review

    Di dalam niche website ini, kamu boleh membuat produk review. Ini bermaksud kamu membuat ulasan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin kamu promosikan. Dalam ulasan ini, kamu boleh menulis berkenaan ciri-ciri produk tersebut, kebaikannya, keburukan, masalah apa yang diselesaikan oleh produk itu, quality produk, pengalaman menggunakan produk tersebut dan sebagainya. Ulasan kamu haruslah jujur dan benar. Dalam produk review ini kamu boleh masukan pautan link affiliate untuk penonton kamu.

    (b) Perbandingan Produk

    Selain daripada produl review, kamu juga boleh membuat perbandingan produk atau product comparison. Ini merupakan content yang membandingkan dua atau lebih produk yang hampir sama. Sebagai contoh, dalam niche makanan kucing, kamu boleh membandingkan jenis makanan kucing vegan. Ini memberikan pilihan yang lebih banyak kepada penonton kamu. Ulasan ini hampir sama dengan produk review, cuma disini jumlah produk itu lebih dari satu dan ulasannya tidak sangat mendalam.

    (2) Influencer Media Sosial

    Kemunculan pelbagai media sosial popular seperti tiktok, facebook, instagram dan YouTube telah melahirkan satu generasi peniaga online baru yang dipanggil sebagai influencer. Kemampuan influencer menjana pendapatan online dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan menarik minat ramai orang untuk menceburi bidang ini. Bagi influencer, content utama mereka adalah lebih visual seperti video dan imej.

    Bagi orang ramai, kejayaan yang boleh dicapai melalui media sosial jauh cepat dan lebih senang disebabkan beberapa faktor:

    (a) Kebolehan Mengumpul Followers

    Jika kamu mampu menghasilkan content yang bermutu tinggi dan menarik, maka kamu dapat mengumpul followers yang ramai. Apabila followers kamu bertambah ramai, kamu akan dikenali sebagai influencer. Syarikat pengeluar barangan sangat berminat untuk bekerja dengan influencer disebabkan jumlah penonton yang ramai sehingga berpuluh atau beratus ribu. Ini menjadikan influencer itu sangat berkuasa and berpengaruh dalam dunia affiliate marketing.

    (b) Tahap Kepercayaan Yang Tinggi

    Influencer ini mempunyai kredibiliti yang luar biasa di mata followers. Cadangan dan pendapat influencer sering mendapat perhatian. Ini menjadikan affiliate marketing sangat sesuai untuk influencer di media sosial. Semakin tinggi kepercayaan followers, semakin tinggi peluang untuk menjual produk atau perkhidmatan kepada mereka. Tanggungjawab influencer adalah untuk mencadangkan produk yang berkualiti untuk kebaikan followers mereka.

    (c) Tahap Interaksi Yang Tinggi

    Disebabkan influencer sering menghasilkan content yang berkualiti, maka content akan mendapat likes and komen yang banyak. Ramai followers akan berinteraksi dalam posting influencer ini. Mereka juga akan berkongsi content ini dengan orang lain. Semua aktiviti ini membuka peluang kepada influencer memperkenalkan produk affiliate untuk dibeli oleh followers.

    (3) Pemasaran Melalui Email

    Pemasaran melalui email atau lebih dikenali sebagai email marketing adalah satu teknik affiliate marketing yang sangat penting dan efektif. Malangnya, tidak ramai yang tahu menggunakan kaedah ini secara betul.

    Email marketing adalah satu cara dimana anda akan menggunakan email untuk menghantar informasi yang bergunakan kepada penonton yang melanggan kepada email kamu. Mereka dipanggil sebagai subscriber. Cara ini memastikan kamu dapat sasarkan produk yang tepat dengan kategori penonton kamu yang betul. Ini meningkatkan peluang kamu menjual produk kepada mereka.

    Email marketing bukanlah bermaksud kamu menggunakan Gmail atau Yahoo sebagai alat pemasaran kamu. Sebaliknya, kamu akan menggunakan perkhidmatan email marketing provider seperti Aweber yang mempunyai fungsi pemasaran yang sangat kuat.

    Dengan menggunakan platform seperti ini, kamu dapat mengumpul, menyimpan, menganalisa and mengagihkan subscriber kamu. Kamu juga dapat menghantar rangkaian email secara automatik dimana kamu boleh meletak pautan link affiliate di dalam email tersebut. Pemasaran melalui email ini biasanya melibatkan beberapa langkah:

    (a) Mengumpul Email

    Perkara pertama kamu harus lalukan adalah dengan mengumpul email. Ini buat melalui sign up form atau borang e-pendaftaran yang kamu boleh dapat melalui email marketing provider. Borang ini kamu akan letakkan di laman web atau landing page kamu.

    (b) Menulis Email

    Apabila sesorang mengisi borang sign-up kamu, mereka akan dimasukan kedalam email list kamu dan mula menerima email daripada kamu. Kamu harus menghasilkan kandungan email yang menarik yang mempunyai informasi yang bagus, visual yang menarik perhatian dan juga arahan untuk pembaca mengambil tindakan iaitu untuk klik pada pautan affiliate link.

    (c) Menghantar Email

    Dengan menggunakan perkidmatan seperti Aweber, kamu boleh mengantar email secara berasingan ataupun kamu boleh buat kempen email dimana kamu boleh menjadualkan seberapa banyak email untuk dihantar pada masa dan waktu yang kamu tetapkan. Ini dipanggil sebagai autoresponder.

    (d) Analisis Penghantaran Email

    Dengan menggunakan email marketing provider, kamu boleh melihat data penting seperti berapa banyak email sudah dibaca, berapa klik yang kamu dapat dan siapa yang tidak membuka email kamu. Ini membolehkan kamu merancang content email kamu dengan lebih baik lagi dan juga menukar produk yang kamu promosikan sekiranya klik yang kamu dapat tidak begitu tinggi.

    CABARAN AFFILIATE MARKETING

    Jika sesiapa memberitahu anda bahawa affiliate marketing adalah mudah, jangan percaya kepada kenyataan itu. Affiliate marketing bukan skim cepat kaya. Ia memerlukan usaha di pihak anda dan ia datang dengan cabarannya sendiri. Lebih 90% daripada mereka yang cuba memulakan bisnes ini akan gagal kerana mereka tidak memahami bagaimana nak menghadapi cabaran yang bakal di hadapi.

    (1) Memilih Niche Yang Sesuai

    Ini merupakan cabaran yang paling utama dan juga merupakan tahap dimana ramai orang yang ingin memulakan affiliate marketing akan berputus asa. Niche bermaksud kategori atau subjek yang spesifik dalam pasaran perniagaan.

    Seperti contoh: Hobi merupakan niche yang besar. Ini boleh diringkaskan kepada hobi yang berlaku dipadang. Seterusnya kepada bolasepak. Jadi bolasepak merupakan satu niche yang spesifik dan berasal dari niche pokok yang besar iaitu hobi.

    Memilih niche yang sesuai sangat penting kerana sekiranya kamu memilih niche yang kamu kurang berpengetahuan ataupun kurang berminat maka motivasi kamu untuk mempromosikan produk affiliate dalam niche tersebut akan menjadi lemah.

    Semasa memilih niche, kamu juga harus mengambilkira persaingan dalam kategori tersebut. Jika niche itu banyak persaingan maka mungkin ia susah ditembusi oleh kamu sebagai affiliate baru. Manakala jika niche itu kurang persaingan, mungkin ia tidak mempunyai nilai komersil yang tinggi. Ini akan menyebabkan kamu susah menjana pendapatan kerana tidak ramai pembeli.

    (2) Membina Kredibiliti Dalam Affiliate Marketing

    Kredibiliti kamu sebagai seorang affiliate bergantung kepada:

    • Pengetahuan kamu terhadap niche tersebut
    • Kualiti content kamu
    • Kekerapan kamu menghasilkan content
    • Kualiti produk yang kamu promosikan

    Jadi pembinaan kredibiliti ini akan mengambil masa dan perlu kesabaran. Sebagai seorang affiliate, kamu haru jujur dan benar dalam mempromosikan produk yang memang akan membantu penonton kamu dan tidak hanya semata-mata untuk menagih keuntungan.

    (3) Mencari Jalan Mudah

    Affiliate marketing ini merupakan satu bisnes. Jadi jika kamu memang benar-benar ingin membina bisnes ini secara serius maka kamu mesti bersedia untuk berusaha untuk jangka masa panjang.

    Malangnya, kebanyakan affiliate inginkan wang yang cepat dan mudah. Fokus mereka adalah pada kuantiti content and bukan kualiti. Objektif mereka adalah mengumpul seramai subscribers atau followers yang boleh dan mempromosikan segala jenis produk asalkan dapat menjana wang. Ada juga yang mula mengamal spamming dan juga scamming untuk buat duit.

    Disebabkan ketidaksabaran mereka, tumpuan mereka dalam membina sesuatu niche tidak lama dan mereka suka bertukar-tukar niche. Ini menyebabkan mereka hilang fokus kepada membina bisnes affiliate marketing yang kukuh.

    (4) Kurang Pengurusan Masa

    Setiap kita mempunyai 24 jam sehari. Pengurusan masa sangat penting dalam pembinaan bisnes ini. Kebanyakan affiliate bermula secara part-time dan mereka mempunyai kerja tetap sendiri ataupun keluarga yang harus dijaga. Sekiranya, pengurusan masa tidak dirancang secara baik, ramai daripada affiliate ini akan menghadapi masalah ‘tak ada masa’.

    Perancangan masa kamu juga harus seimbang supaya perhatian dapat diberikan kepada semua aspek kehidupan kamu seperti kesihatan, keluaraga, hiburan, bisnes dan sebagainya.

    (5) Tidak Mahu Menambah Ilmu

    Affiliate Marketing merupakan bisnes model yang sentiasa berkembang. Kebanyakan affiliate di Malaysia hanya tahu sebahagian sahaja tentang model ini. Mereka kurang mahu membaca laman web yang mempunyai authority yang tinggi dalam affiliate marketing atau mencuba strategi yang baru. Ini agak membimbangkan sebanyak mereka mungkin akan ketinggalan dengan pesaing mereka yang lebih berilmu. Jadi sebagai seorang affiliate, kamu harus mengambil trend terkini dan mencuba taktik pemasaran yang baru.

    KESIMPULANNYA

    Affiliate marketing merupakan satu bisnes model online yang sangat senang untuk dimulakan. Ini menyebabkan ia menjadi tarikan ribuan rakyat Malaysia sehingga ada sesetengah affiliate yang menjana pendapatan penuh masa yang sangat lumayan. Walaupun, ia senang dimulakan tetapi bisnes ini memerlukan usaha yang gigih melibatkan penghasilan content yang kualiti and meningkat krebiliti dimana followers. Dengan teknik pemasaran yang baik, pendapatan dari affiliate marketing dapat mengubah gaya hidup kamu.


    Tolong Share dan Support!