Skip to content
Home » OHSOMEPLR » Memilih Nama Domain Sempurna -Panduan Padu Dengan Namecheap

Memilih Nama Domain Sempurna -Panduan Padu Dengan Namecheap

    Tolong Share dan Support!

    Memilih nama domain yang sempurna untuk bisnes online anda ialah keputusan penting yang boleh memberi kesan besar kepada kejayaan online anda. Nama domain adalah antara benda paling asas yang kamu perlu ada jika kamu nak memulakan bisnes online dari rumah.

    Nama domain yang kamu pilih mencerminkan bisnes dan jenama kamu. Ia mengukuhkan pengiktirafan jenama, tetapi ia juga meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti di mata pengguna.

    Name domain yang senang diingati membolehkan orang ramai dapat mencari website kamu dengan mudah.

    Contoh: katakana nama domain kamu ubatdiabetesuntukorangtuadisemanjungmalaysia.com. Ok tak nama ini? Berapa ramai orang yang sanggup taip nama panjang ini di Google?

    Domain yang kurang baik, sebaliknya, mungkin mengelirukan pelawat dan mengurangkan kekuatan jenama.

    Oleh itu, kita akan belajar macam mana nak memilih nama domain yang paling baik untuk bisnes kamu. Kita akan menggunakan Namecheap, sebuah syarikat pendaftaran domain yang popular dan mampu milik.

    6 CHECKLIST UNTUK NAMA DOMAIN YANG BAIK

    ciri memilih nama domain sempurna

    Sebelum kita memilih nama domain, kamu kena pastikan nama domain itu memenuhi beberapa ciri. Ini akan membantu kamu membuat pilihan yang lebih tepat dalam masa yang lebih singkat.

    Domain yang paling berharga dikenali sebagai TLD – Top Level Domain. Daripada banyak TLD, .com dan .net adalah domain yang disyorkan. Kedua-dua domain ini sangat popular dan dah menjadi kebiasaan dalam sebutan orang ramai terutama sekali .com.

    (b) Nama Yang Senang Diingati

    Satu aspek dalam memilih nama domain yang sempurna adalah nama yang senang diingati. Jangan pilih nama domain yang lebih dari 10 huruf. Jadikan nama itu sependek yang boleh supaya senang diingati dan senang ditaip.

    (c) Jangan Guna Simbol

    Elakan daripada menggunakan simbol seperti _,^,/ dan sebagainya. Pastikan nama domain kamu satu perkataan penuh.

    (d) Guna Nama Yang Umum

    Pilih nama domain yang umum supaya kamu dapat menggunakan domain itu untuk pelbagai topik. Contohnya, kucing.com membolehkan kamu menjual pelbagai produk yang berkaitan dengan kucing.

    Kalau kamu pilih makanankucing.com maka ia akan menghadkan jenama kamu kepada jenis makanan kucing sahaja.

    Kalau boleh, jangan terlalu spesifik sangat.

    (e) Jangan Tiru Nama Jenama

    Semua jenama ada hakcipta jadi jangan pandai-pandai selitkan nama jenama itu dekat nama domain kamu. Ini akan melanggar undang-undang hakcipta dan kamu boleh dikenakan denda.

    Contoh: kucingfbaku.com – FB sudah menjadi singkatan jenama untuk Facebook. Ini memang diketahui umum, jadi elakkan benda ini.

    (f) Jangan Beli Domain Yang Sudah Terpakai

    Kalau ada orang nak jual domain mereka kepada kamu dan kamu rasa nama domain itu sesuai dengan bisnes kamu – jangan beli.

    Kenapa? Sebab kamu tak tahu sejarah domain itu. Mungkin domain itu pernah dikaitkan dengan spam atau diblacklist oleh Google atas sebab tertentu maka kamu tak nak bisnes kamu dikaitkan dengan domain itu. Pilih nama yang lain.

    CARA MEMILIH DOMAIN YANG BAIK

    Jom kita proses untuk memilih nama domain yang sempurna untuk bisnes kamu. Ada beberapa peringkat dalam process ini dan kita akan lihat satu persatu.

    (a) Apa Jenis Bisnes Kamu?

    Pertama sekali, kamu kena tentukan apa bisnes kamu. Katakan bisnes kamu adalah tentang kegiatan hobi di luar rumah dan kamu berminat dengan topik perkhemahan. Kamu ingin menjual alat-alat perkhemahan sebagai affiliate dengan memulakan satu laman web dari rumah.

    (b) Senaraikan Pilihan Nama

    Sekarang kamu dah tahu jenis bisnes kamu iaitu perkhemahan.perkara kedua yang kamu harus buat ialah menyenaraikan 5 nama yang berkaitan dengan perkhemahan. Ini memerlukan sedikit kreativiti di pihak kamu.

    • budakkanopi
    • perantauhutan
    • hobihutan
    • khemahkembara
    • kembarakanopi

    (c) Cari Nama Domain Kamu Di Namecheap

    Setelah kamu sudah ada senarai nama domain, kamu boleh pergi ke Namecheap dan cuba cari sama ada nama domain tersebut masih ada untuk dibeli. Katakan untuk contoh ini, kita memilih budakkanopi.

     pergi ke Namecheap dan cuba cari sama ada nama domain tersebut masih ada untuk dibeli

    Berita bagus! Nama domain kamu masih ada untuk dibeli dan masih ada pilihan .com yang domain TLD yang paling popular. Itu yang kita nak!

    Kalau itu pilihan pertama kamu, kamu boleh klik ‘add to cart’ dan pergi ke langkah seterusnya.

    Kalau tak, teruskan mencari nama domain yang belum terjual lagi sampai kamu dapat.

    (d) Memilih Komponen Lain Untuk Domain Kamu

    Jadi sekarang, kamu dah ada nama domain baru iaitu budakkanopi.com. Sekarang Namecheap akan memberikan beberapa pilihan komponen yang kamu boleh beli sekali dengan nama domain kamu.

    Komponen Pilihan Untuk Nama Domain

    • SSL – ini merupakan ciri keselamatan untuk domain kamu. Ia akan melindungi domain kamu dari hackers yang ingin mendapatkan maklumat domain dari kamu.
    • WordPress Hosting – ini merupakan laman web yang khas untuk WordPress. Oleh kerana, ia hanya khas untuk WordPress maka web hosting jenis ini menawarkan ciri-ciri keselamatan dan kepantasan laman web yang lebih padu.
    • Web Hosting – laman web yang biasa tetapi sudah cukup bagus untuk kebanyakan orang. Ia mempunyai WordPress dan kamu juga boleh menggunakan website builder yang lain. Ini pilihan yang paling popular.
    • Social Media Manager – Namecheap menawarkan platform pengurusan media sosial yang baru dimana kamu boleh menghasilkan pelbagai posting media sosial dengan menggunakan AI.
    • VPN – menyembunyikan data dan IP kamu dari orang ramai. Ini juga satu ciri perlindungan.
    • Business Email – ini email yang kamu boleh dapat dengan nama domain kamu. Contohnya, saya@budakkanopi.com atau sales@budakkanopi.com. Ini memberikan gambaran yang lebih professional untuk kamu berhubung dengan orang lain.
    • Premium DNS – Domain Name System (DNS) ini meningkatkan kelajuan laman web kamu. Yang di tawarkan disini adalah taraf premium yang bermakna lebih laju dari biasa. Ini merupakan upgrade dari DNS yang kamu akan dapat bila beli domain ini.
    • SiteLock Website Protect – SiteLock ini untuk melindungi website kamu pula. Ini ciri keselamatan tambahan jika kamu perlu.

    Jadi, perlukah kamu beli kesemua komponen ini? Jawapannya tidak! Sebab kamu hanya beli domain, saya cadangkan kamu hanya menambah SSL untuk domain kamu. Mempunyai sijil SSL akan membantu domain kamu dikenali sebagai ‘domain selamat’ di mata enjin carian. Jika domain tak ada SSL, bila orang nak browse website kamu kemungkinan mereka akan dapat message bahawa website kamu kurang selamat atau insecure.

    Jadi klik pada SSL untuk menambah komponen ini ke order kamu and pergi ke langkah seterusnya.

    (e) Melengkapkan Pembelian Kamu

    Di bahagian checkout, kamu boleh membuat beberapa lagi pilihan untuk melengkap order kamu.

    lengkapkan pembelian domain

    Kamu boleh pilih sama ada untuk mendaftar nama domain untuk setahun lebih dari itu. Maksimum tahun pendaftaran sekaligus adalah selama 10 tahun. Kalau mendaftar lebih dari setahun, kamu boleh menjimat wang dan tak payahlah renew domain itu setiap tahun. Ini terpulang kepada kamu.

    Kamu juga boleh klik auto-renew dan domain kamu akan di renew secara automatik dengan menggunakan maklumat kad debit atau kad kredit kamu.

    Kamu juga dapat melihat Domain Privacy yang diberikan secara percuma. Domain Privacy ini melindungi maklumat peribadi kamu seperti nama, alamat, info kad kredit dan sebagainya. SSL pula melindungi domain kamu secara keseluruhan dari hackers. Jadi, jangan keliru dengan 2 komponen ini.

    Selepas itu kamu akan melihat SSL yang kamu sudah beli tadi. Ini memang tidak wajib untuk dibeli tetapi kalau ada budget tolong beli komponen ini kerana ia sangat penting untuk melindungi domain kamu. Ingat domain itu bisnes kamu. SSL boleh didaftar dalam tempoh satu ke lima tahun sekaligus. Ini terpulang kepada kamu.

    Selepas kamu sudah melengkapkan butiran yang dikehendaki, kamu dapat melihat jumalh yang perlu dibayar. Tengok di bawah, domain .com yang baru dengan SSL hanyalah USD14.15 atau RM64.00 untuk setahun!

    Bila dah siap isikan butiran, kamu boleh klik butang Confirm Order dan lengkapkan butiran bayaran seperti info kad kredit untuk mendapatkan nama domain kamu yang baru.

    KESIMPULAN

    Walaupun ada orang yang buat bisnes tanpa menggunakan website tetapi kamu boleh tengok betapa murahnya untuk memulakan perniagaan online. Nama domain yang benda pertama yang kamu harus ada untuk bisnes online kamu. Kalau nak beli nama domain, pastikan kamu beli dari pendaftar domain yang pengalaman dan ada reputasi yang baik. Sebab itulah kita menggunakan Namecheap dalam contoh ini. Satu lagi pendaftar yang kamu boleh guna adalah GoDaddy. Pastikan kamu ikut checklist yang sudah dibincangkan diatas supaya kamu dapat memilih nama domain yang sempurna untuk perniagaan online kamu.


    Tolong Share dan Support!